Cikgu Romie @ Portal e-Guru KPM
Portal eGuru adalah satu portal KPM/BTP yang memuatkan video-video sebagai rujukan dalam pelaksanaan SKPM khasnya Standard 4.0: Pengajaran dan Pembelajaran. Pengguna boleh memuatnaik video sendiri setelah mendaftar. Portal yang menyokong konsep user generated content seperti ini merupakan satu ciri yang baik. Pautan di sini.
ASPEK 4.7 – Penggunaan Sumber Pendidikan
•Guru memilih/menyediakan sumber pendidikan yang sesuai, menarik dan merangsang pemikiran murid.
•Penggunaan sumber pendidikan mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menarik dan meningkatkan minat murid untuk terlibat dalam pembelajaran.
•Guru memberi penekanan kepada cara penggunaan yang betul dan aspek keselamatan dalam penggunaan sumber pendidikan yang berkaitan.
Sinopsis
Dalam video ini Cikgu Romizal menggunakan beberapa sumber pendidikan yang sesuai dan berkesan untuk menentukan pusat dan jejari bulatan. Model Roda Impian digunakan semasa set induksi untuk mengekalkan fokus dan minat murid untuk meneruskan pembelajaran. Manakala visualiser digunakan untuk mengukuhkan kemahiran murid dan membuat penilaian formatif secara konstruktif dan berkesan.
ASPEK 4.3 – Hasil Kerja Murid
• Hampir keseluruhan murid menghasilkan tugasan atau latihan dengan kemas serta mematuhi format dan prosedur.
• Hampir keseluruhan murid menyiapkan semua tugasan atau latihan yang diberikan.
• Hampir keseluruhan murid melakukan pembetulan bagi tugasan atau latihan secara konsisten.
• Jumlah dan kekerapan tugasan atau latihan yang dibuat sesuai dengan keupayaan murid.
Sinopsis
Video ini memaparkan bagaimana cikgu romizal membimbing murid menghasilkan kerja yang berkualiti dalam menentukan pusat dan jejari bulatan, matematik Tingkatan 2. Keupayaan murid melaksanakan tugasan dengan mematuhi format dan prosedur yang betul merupakan satu indikator penguasaan murid terhadap pembelajaran. Diakhir pembelajaran murid mengaplikasikan kemahiran dengan menghasilkan muka jam secara kreatif dan mengikut prosedur yang betul.
Live @SEMASA – KSSM2025 3BHQ : 08-LOKUS DALAM 2 DIMENSI
Live @SEMASA – KSSM2025 3BHQ : 09-PERSAMAAN GARIS LURUS
Live @SEMASA – KSSM2025 3GHZ : 07-PELAN DAN DONGAKAN
Live @SEMASA – KSSM2025 3BHQ : 07-PELAN DAN DONGAKAN
Asalamualaikum cikgu. Saya dan anak perempuan saya amat teruja dg video klip pembelajaran matematik cikgu. Kata anak saya mudah difahami. Saya nak muat turun dari utube tapi tak dapat. Harap cikgu mis kol pada saya di 0138648765.
Terima kasih.